CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 8 April 2011

SEBENAR-BENAR CINTAA,,


ASSALAMUALAIKUM SHUME..

KORANG TAW APE TU CINTA??
MEZTI KORANG2 SHUME ADE OPINION SNIRI ABOUT TOPIK NIE KAN,,
& SEMESTINYE SHUME ORG TAW,,BUDK KCIK YG 5 TAWN PON TAW KOT..
LAGI2 BUDAK2 ZAMAN SKRG NIH,,SO CLEVER LAHH SHUME,,

HMM..ARINI PQA NK CKP PASAL CINTA LAHH,,
TP NIE BUKAN COZ IM FALLING IN LOVE WITH SOMEONE KE APE,,
JUZ NK SHRE CKET LAHH APE TU CINTA SEBENARNYE,,

CINTA kepada ALLAH sangat berbeza segala-galanya.Saat cinta kepada manusia membawa kesedihan,hanya cinta kepada ALLAH membawa kedamaian.Saat cinta insan membawa kehancuran,hanya kepada ALLAH membawa kebahagiaan.Sebaliknya,cinta kepda ALLAH adalah sebenar-benar cinta hakiki yang pasti membawa bahagia tika di dunia dan akhirat kelak..

Kerana itulah,apabila kekuatan cinta kepada ALLAH melebihi segala-galanya,manusia tidak akan takut untuk berdepan dengan kegagalan cinta sesama insan.Dan kecintaan yang mendalam kepada ALLAH tidak akan membuatkan seseorang itu terburu-buru untuk melafazkan kata cintanya kepada orang yang tersayang.

AKU CINTA DIA lahir dari kesedaran bahawa cinta kepada ALLAH adalah sebaik-baik cinta yang harus dimiliki manusia.Namun,kadang kala kesedaran ini sukar diterjemah dalam ayat biasa,lantas golongan remaja terutamanya, gagal untuk memahami pengertian cinta kepada ALLAH itu sebenarnya.Cinta kepada insan lebih kepada sesuatu yang melalaikan,sedangkan cinta kepada ALLAH bakal memberi ketenangan,kedamaian dan kebahagiaan.

Namun,tidak dapat dinafikan bahawa setiap insan memiliki perasaan cinta yang amat indah,ingin mencintai dan dicintai dan mahu cinta mereka diakhiri dengan perkahwinan.

Tetapi cinta yang indah itu kadang kala sangat menakutkan.Kerana kegagalan cinta menjadikan insan merana dan merasa hidup sudah tidak bermakna.Maka,jadilah cinta itu sebagai kepahitan yang begitu mengecewakan dan menyakitkan perasaan.

Tidak ada cinta yang lebih agung selain cinta kepada ALLAH dan Rasul-NYA.Maka,apabila bercinta janganlah cinta itu melebihi cinta kepada ALLAH dan Rasul-NYA..


 SUMBER CIPLAK..~NOVEL AKU CINTA DIA~^-^
 MOGE MOGE TINTA NIE,,BERGUNA PADE SESAPE YG SEDANG MENCARI-CARI SATU  PENGERTIAN CINTA YANG HAKIKI..INSYAALLAH..,,

No comments:

Post a Comment